Keyakinan perniagaan Jerman terhakis pada Januari

FRANKFURT, 27 JAN – Keyakinan di kalangan pemimpin perniagaan di Jerman turun sedikit pada bulan Januari, menurut satu kaji selidik yang diperlihatkan hari ini, sama seperti jangkaan untuk bulan-bulan yang akan datang.

Barometer bulanan daripada institut Ifo yang berpangkalan di Munich jatuh 0.4 mata berbanding dengan Disember, kepada 95.9 bertepatan ramalan konsensus daripada penganalisaan kaji selidik oleh Factset.

“Ekonomi Jerman memulakan tahun ini dengan keadaan berhati-hati,” ketua Ifo, Clemens Fuest berkata dalam satu kenyataan. Dua daripada komponen utama barometer tersebut, perniagaan menjangkakan untuk bulan-bulan mendatang jatuh satu titik keseluruhan, kepada 92.9, sementara pandangan keadaan ekonomi sekarang bertambah baik 0.3 mata kepada 99.1.

Di antara sektor ekonomi yang berbeza, “pembuatan menunjukan tanda-tanda pemulihan,” kata Fuest. – AFP