Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    KFC Australia tukar hidangan salad kepada kubis

    SYDNEY, 7 JUN – Rangkaian restoran ayam goreng, KFC kelmarin menyatakan harga salad yang tinggi di Australia telah memaksanya untuk beralih kepada campuran kubis untuk burger dan produk lain, menyebabkan pelanggan mengadu bahawa rasanya yang kurang memuaskan.

    Harga tempatan bagi daun salad telah melonjak sebanyak 300 peratus dalam beberapa bulan kebelakangan ini, memaksa rangkaian restoran itu untuk segera mengubah resipinya di beberapa buah cawangannya.

    “Kami masa ini sedang mengalami kekurangan bekalan salad. Jadi, kami menggunakan campuran salad dan kubis pada semua produk yang mengandungi salad sehingga notis yang akan dimaklumkan kemudian,” kata syarikat itu kepada pelanggan.

    Syarikat tersebut juga menyalahkan banjir yang berleluasa di timur negara itu sebagai punca masalah itu.

    Sementara itu, pakar rantaian bekalan, Flavio Macau dari Edith Cowan University berkata, pencerobohan Rusia ke atas Ukraine juga merupakan salah satu faktor yang menaikkan harga diesel dan baja.

    Satu ikat salad aisberg di Sydney atau Melbourne yang pernah dijual kira-kira AS$2 kini berharga hampir AS$8. – AFP

    Syed Hyder dari gerai di Pasar Queen Victoria di Melbourne sedang melaraskan paparan seikat salad aisberg dengan harga tempatan melonjak sebanyak 300 peratus dalam beberapa bulan kebelakangan ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...