KFC Ayam Pedas Nyonya dapat sambutan

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 DIS – Ayam Pedas Nyonya, menu terbaharu KFC yang dilancarkan hari ini mendapat sambutan yang hangat.

Mengetengahkan gabungan cita rasa budaya Cina dan Melayu, KFC Ayam Pedas Nyonya menampilkan bahan masakan Nyonya seperti bunga kantan, serai, limau purut dan bawang merah.

Menu baharu tersebut boleh didapati bermula hari ini namun hingga tempoh yang terhad di seluruh cawangan KFC dan didatangkan dalam tiga set pilihan.

Pengurus Besar KFC, TH Ooi, berkata, hari ini merupakan hari pelancaran menu berkenaan dan juga sesi perjumpaan bersama para media tempatan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Menurutnya, KFC Ayam Pedas Nyonya kali ini akan menyuntik rasa yang tersendiri sehingga awda akan dapat menikmati rasa masam, manis dan pedas dalam setiap gigitan.

Beliau juga mengongsikan masakan ala Nyonya memang agak sedikit rumit dan terkenal dengan penyediaannya yang sangat teliti dan penuh seni.

“Kami sudah lama mahu mengetengahkan masakan unik Nyonya dan kami percaya tawaran menu ini tidak akan mengecewakan,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin mencuba menu baharu itu, boleh kunjungi cawangan KFC atau menempah melalui KFC delivery, self collect atau pandu lalu.

Menu baharu KFC Ayam Pedas Nyonya menampilkan ayam berperisa bunga kantan, serai, limau purut dan bawang merah.