KFC Brunei sumbang baucar bernilai $11,100

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 NOV – Sebagai tanda penghargaan kepada petugas barisan hadapan, KFC Brunei telah menyumbangkan 1,500 keping Baucar Snack Plate bernilai $11,100 kepada Kementerian Kesihatan Baucar berkenaan telah disampaikan oleh Dayang Siti Munawwarah Bazilah dari Bahagian Pemasaran KFC Brunei.

Menurut kenyataan yang diberikan, sepanjang tahun ini, KFC Brunei telah menghulurkan sumbangan kepada Kementerian Kesihatan, Tabung Bantuan COVID-19, rumah kebajikan, mengadakan Kempen Add Hope, dan mereka yang memerlukan makanan. 

Di samping itu, beberapa lawatan ke rumah-rumah keluarga yang memerlukan juga turut diadakan di keempat-empat daerah.

Seperti tahun ini, KFC Brunei tidak sabar untuk menyumbang lebih banyak lagi kepada masyarakat.

Pengurus Besar KFC Brunei, Ooi dipetik berkata, “Kami berbesar hati kerana dapat memberi kembali kepada masyarakat.

“Ini tidak mungkin berlaku jika bukan kerana sokongan berterusan yang kami terima daripada pelanggan. Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada rakyat Brunei yang bermurah hati yang menderma dan terus menunjukkan sokongan ke arah membantu mereka yang memerlukan,” tambah beliau.

Dayang Siti Munawwarah Bazilah semasa menyerahkan baucar berkenaan.