Sunday, July 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    KFC perkenal 2 hidangan baru

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Feb – KFC Brunei memperkenalkan dua hidangan Twister terbarunya hari ini iaitu Hot & Zesty dan Cheezy dengan harga yang berpatutan.

    Twister Hot & Zesty merupakan hidangan tortilla diisi dengan kepingan daging ayam goreng rangup Zinger, salad, timun dan tomato dengan pilihan sos masam (limau) dan pedas (cili) manakala Cheesy Twister pula menawarkan keju Jalapeno dan mayones berkrim.

    Menurut Pegawai Pemasaran KFC, Jaymee Lau, peminat hidangan itu inginkan hidangan yang lebih segar dengan rasa baru dan atas permintaan mereka, KFC telah memperkenalkan hidangan terbaru itu. “Bagi yang ingin merasakan kedua-dua hidangan itu, KFC juga menawarkan Kombo Double Twister,” katanya.

    KFC Twister memperkenalkan Hot & Zesty dan Cheezy Twister kini dibawa kembali atas permintaan ramai.
    KFC Twister memperkenalkan Hot & Zesty dan Cheezy Twister kini dibawa kembali atas permintaan ramai.

    Hidangan itu boleh juga didapati secara ala carte atau hidangan kombo yang didatangkan dengan kentang goreng dan minuman berkarbonat.

    Twister baru ini juga ditawarkan dalam tempoh terhad di semua restoran KFC bermula 21 Februari sementara stok masih ada.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda