Thursday, August 18, 2022
23.4 C
Brunei

KFC perkenal Ayam Pedas Nyonya

-

Oleh Nurdiyanah R.

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 DIS – Bagi memenuhi cita rasa pelanggannya, KFC telah menampilkan hidangan baharu penuh inovatif dan istimewa menerusi menu waktu terhad baharu, KFC Ayam Pedas Nyonya.

Hidangan tersebut lahir daripada nilai tradisi hibrid budaya keturunan imigran Cina dan Masyarakat Melayu tempatan semasa era kolonial.

Menu Ayam Pedas Nyonya menggunakan bahan-bahan asas penting dalam masakan Nyonya iaitu bunga kantan, di samping ramuan utama lain seperti serai, limau purut dan bawang merah.

KFC Ayam Pedas Nyonya ini mampu menyuntik rasa tersendiri masakan Nyonya kepada signature Ayam Hot & Spicy sehingga menghasilkan rasa gabungan yang cukup menyelerakan dengan adanya rasa masam, manis, dan pedas ala Nyonya dalam setiap gigitan apabila dinikmati.

Pengurus Besar, KFC Brunei, TH Ooi berkata, “Menu inovatif terbaharu ini diinspirasikan daripada makanan Nyonya yang terkenal dengan penyediaan masakannya yang rumit, teliti dan penuh seni. Kami sudah lama mahu mengetengahkan masakan unik Nyonya dan kami percaya olahan kami tidak akan mengecewakan awda.”

KFC Ayam Pedas Nyonya boleh didapati di restoran KFC seluruh negara bermula esok dalam tiga pilihan iaitu Kombo 2-ketul, Kombo 3-ketul, dan Box Meal. Pelanggan boleh memilih mendapatkannya menerusi KFC Delivery, self collect dan pandu ambil.

KFC menampilkan KFC Ayam Pedas Nyonya yang boleh didapati di restoran KFC seluruh negara bermula hari ini. – Gambar serahan KFC
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Pelarian Rohingya tuntut persekitaran kondusif

DHAKA, 17 OGOS – Pelarian Rohingya kelmarin menggesa Ketua Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Michelle Bachelet yang melawat ke penempatan pelarian untuk PBB...
- Advertisment -