KFC Zinger Cheezilla kembali lagi

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OKT – KFC Zinger Cheezilla yang mendapat sambutan sangat menggalakkan setelah pertama kali diperkenalkan pada 2018, bakal kembali ke pasaran Brunei bermula esok.

Menurut kenyataan KFC Brunei, burger itu merangkumi roti bijan berinti pati mozarela dengan lapisan keju, filet Hot & Spicy Zinger dan salad serta mayo keju Jalapeno.

Pengurus Besar KFC Brunei, TH Ooi dipetik berkata, burger berkenaan sangat laris semasa diperkenalkan sebelum ini, jadi mereka gembira untuk mengumumkan bahawa Zinger Cheezilla akan menjadi menu kekal.

Beliau turut memberitahu bahawa bersempena pengenalan semula burger berkenaan, beberapa tawaran dalam masa terhad akan disediakan.

Kenyataan menyatakan, KFC Zinger Cheezilla boleh didapati secara ala carte, kombo atau Box Meal di semua cawangan KFC seluruh negara. Orang ramai juga boleh mendapatkannya melalui penghantaran, ambil sendiri dan pandu lalu.

KFC Zinger Cheezilla boleh didapati secara ala carte, kombo atau Box Meal. – Gambar serahan KFC Brunei