Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Julai – KFC Zinger Double Down yang amat dinanti-nantikan kini kembali lagi dengan mengekalkan slogan konsep burger ini ‘Semua Isi, Tanpa Roti’ di cipta bagi yang ingin mencuba burger yang unik.
Burger Zinger Double Down ini mempunyai konsep imej tersendiri yang menjanjikan pengalaman berbeza dari burger biasa dengan kepingan isi ayam goreng yang rangup pasti memberi kenikmatan kepada yang menikmatinya.
Roti yang diganti dengan dua kepingan Zinger Hot & Spicy kegemaran ramai diapit dengan kepingan keju dengan curahan sos Cheezy Mayo KFC berkenaan bukan hidangan ringan tetapi sesuatu yang lengkap, mengenyangkan dan pasti memuaskan selera.
Pegawai Pemasaran KFC Brunei, Jaymee Lau pada pelancaran kembali promosi tersebut di KFC Cawangan Kiulap hari ini menjelaskan, disebabkan sambutan yang menggalakkan daripada para pelanggan, KFC membawa kembali Zinger Double Down ini yang pernah mencetuskan fenomena suatu ketika dahulu.
“Produk ini sangat sinonim dengan KFC dan kami bangga untuk menghidangkannya kembali bagi memenuhi permintaan pelanggan,” jelasnya.

Menurutnya lagi, “Zinger Double Down membawa burger kepada suatu tahap yang berbeza dengan menampilkan dua filet Zinger Hot & Spicy bersama keju di tengah-tengah, sememangnya tiada ruang buat roti di dalam burger ini.
Para pelanggan juga boleh menikmati hidangan lengkap dan mengenyangkan dengan kombo Zinger Double Down yang didatangkan bersama KFC Crispier Fries dan minuman ringan berkarbonat.
KFC Zinger Double Down ini boleh didapati dalam bentuk ala carte dengan kadar harga yang perpatutan dan promosi ini hanya terdapat bagi tempoh terhad di semua Restoran KFC di seluruh negara selagi stok masih ada.
Produk ini telah diperkenalkan buat pertama kali di Malaysia pada tahun 2012 dan telah meraih perhatian dan minat meluas menerusi konsep uniknya sekali gus mencipta fenomena dalam kalangan penggemar.