Friday, October 11, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kg Mulaut adakan Bengkel Azan, Iqamah

    Oleh Normazlina M.D

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Feb – Menyedari hakikat terhadap keutamaan, kelebihan dan fadilat yang terkandung dalam pensyariatan azan dan iqamah, Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Mateen (PMAM), Kampung Mulaut telah mengadakan Bengkel Azan dan Iqamah yang berlangsung selama tiga hari bermula 6 Februari lalu.

    Majlis penutup bengkel berkenaan telah dijalankan baru-baru ini di Masjid PMAM di mana hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan sijil ialah Pengarah Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh.

    Seramai 48 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid PMAM, jemaah masjid dan penduduk sekitarnya termasuk para belia dan pelajar-pelajar dari Sekolah Ugama Mulaut dan Pusat Tingkatan Enam Sengkurong, Kampung Mulaut telah mengikuti bengkel berkenaan yang telah disampaikan oleh Pegawai Masjid, Haji Khairulnizam bin Haji Mohd Said.

    Salah seorang peserta bengkel melaungkan azan.
    Salah seorang peserta bengkel melaungkan azan.

    Bengkel itu merupakan salah satu program yang telah diaturkan dan dirancang dalam usaha untuk meningkatkan tahap kefahaman dan penghayatan para jemaah dan penduduk kampung khususnya belia berhubung dengan amalan yang telah disyariatkan.

    Selain itu, bengkel juga bertujuan untuk mendedahkan beberapa kesilapan dan kesalahan yang sering berlaku semasa melaungkan azan dan iqamah yang perlu dihindari.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda