Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Khai Bahar khuatir konsert solo bermasalah

    Peningkatan kes harian COVID-19 di Malaysia sejak kebelakangan ini mengundang kerisauan penyanyi Khai Bahar yang bakal mengadakan konsert solo pertamanya dalam tempoh kurang 10 hari saja lagi.

    Namun Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, 28, berharap keadaan akan menjadi stabil dan tidak berlaku situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

    “Melihat peningkatan kes sejak beberapa hari ini membuatkan saya semakin risau. Bagaimanapun saya bersama-sama team yang terlibat dalam penganjuran konsert sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan,” katanya kepada media.

    Menjelang hari konsert pada 12 Februari ini juga, Khai berkata dia sentiasa mengamalkan penjagaan kesihatan yang teliti.

    Malah dia juga berjanji pada malam konsert yang akan berlangsung di Petaling Jaya Performing Art Centre (PJACC) itu nanti untuk mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat.

    “Pihak penganjur akan pastikan kawalan ketat ketika malam itu nanti. Semua yang terlibat akan buat ujian swab dahulu sebelum hadir.

    “Harap tiada perkara buruk yang akan berlaku pada malam itu nanti. Semoga semuanya berjalan lancar,” jelasnya.

    Bercakap tentang persiapan konsert, Khai memberitahu semuanya sudah 50 peratus siap ketika dihubungi kelmarin.

    Khai juga tidak sabar bertemu peminat selepas perancangan mengadakan konsert pertama di Istana Budaya dua tahun lalu dibatalkan. – Agensi

    Peningkatan kes harian COVID-19 di Malaysia sejak kebelakangan ini mengundang kerisauan penyanyi Khai Bahar yang bakal mengadakan konsert solo pertamanya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...