Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Khairy adakan lawatan kerja ke Thailand

    BANGKOK, 22 OGOS – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memulakan lawatan kerja bilateral kesihatan empat hari ke Thailand untuk meneroka potensi penggunaan kanabis dan ketum dalam bidang kesihatan serta menghadiri Mesyuarat Peringkat Tertinggi Kesihatan dan Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di sini.

    Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi pada 4:08 petang (waktu tempatan) hari ini dan disambut Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel serta wakil Menteri Kesihatan Awam Thailand, Watcharapong Kuwijitwan dan Pengarah Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan (HSRI), Nopporn Cheanklin. Lawatan itu atas jemputan Timbalan Perdana Menteri Thailand merangkap Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul.

    Khairy dijadualkan melawat Pejabat Farmaseutikal Kerajaan (GPO) esok untuk mendengar taklimat mengenai dasar kanabis di negara itu termasuk amalan, kaedah penanaman, kajian serta penggunaan kanabis dan ketum bagi tujuan kesihatan di Thailand.

    Thailand negara pertama di Asia Tenggara yang memberi kelonggaran undang-undang dan membenarkan penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan.

    “Lawatan bilateral kesihatan ini juga akan menjadi platform terbaik KKM untuk pendedahan dan penelitian berhubung kajian-kajian antarabangsa berkaitan kanabis dan ketum termasuk hasil dapatan ujian-ujian klinikal kanabis untuk tujuan kesihatan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...