Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Khairy: Pengembara luar boleh diusir jika tidak lakukan RTK-Ag profesional

    KUALA LUMPUR, 24 MAC – Pengembara memasuki Malaysia yang tidak melakukan ujian RTK-Ag profesional COVID dalam tempoh 24 jam boleh diusir keluar dari negara ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. 

    Bercakap dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini, beliau berkata selain itu status aplikasi MySejahtera pengembara berkenaan akan bertukar merah dan mereka tidak dibenarkan memasuki mana-mana premis di negara ini.

    “Ujian RTK-Ag itu mesti dibuat secara profesional sebab mesti dimasukkan dalam MySejahtera. Hanya makmal bertauliah sahaja boleh buat.

    “Kalau mereka (pengembara) tak buat (ujian itu), status mereka akan bertukar kepada merah dan tak boleh masuk ke kedai makan. Yang paling pentingnya mereka telah lakukan kesalahan dan boleh diusir keluar (dari negara),” katanya. 

    Khairy berkata arahan itu berkuat kuasa mulai 1 April dan ia turut mewajibkan pengembara umum menjalani ujian RTK-Ag profesional sama ada di fasiliti kesihatan swasta di pintu sempadan negara atau di luar sempadan dalam tempoh 24 jam.

    Beliau berkata jika keputusan ujian positif, pengembara dengan vaksin lengkap akan diberikan perintah pengawasan dan pemerhatian (HSO) selama tujuh hari di tempat penginapan bagi kategori satu dan dua. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...