Khamenei: Perjuangan bebaskan Palestin tanggungjawab umat Islam

TEHRAN, 22 MEI – Pemimpin tertinggi Iran berkata menjadi ‘tanggungjawab penganut Islam’ untuk memperjuangkan ‘pembebasan Palestin’ dalam satu ucapan hari ini di tengah-tengah ketegangan meningkat dengan musuh ketat Israel.

Ayatollah Ali Khamenei mengecam negara-negara Barat dan ‘boneka’ Arab mereka kerana menyokong negara Yahudi itu, dalam ucapan pertamanya sempena Hari Quds (Baitulmaqddis).

Pemimpin berusia 80 tahun itu juga nampaknya mengesahkan untuk kali pertama bahawa Iran telah membantu membekalkan senjata kepada penduduk Palestin.

“Tujuan perjuangan ini adalah membebaskan seluruh tanah Palestin’ dan ‘kepulangan semua penduduk Palestin ke negara mereka,” kata Khamenei dalam ucapan yang disiarkan secara langsung di televisyen.

“Dasar pemulihan kehadiran rejim Zion di rantau adalah salah satu dasar utama Amerika Syarikat (AS),” kata beliau.

“Beberapa negara Arab di rantau, yang memainkan peranan boneka AS, telah menyediakan prasyarat, seperti hubungan ekonomi dan seumpamanya, usaha berkenaan adalah sia-sia. – AFP