Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Khan: Ancaman masih ada

    ISLAMABAD, 17 NOV – Pengerusi parti pembangkang Pakistan, PTI, Imran Khan menjelaskan masih ada ancaman terhadap nyawanya selepas cubaan bunuh di Wazirabad, baru-baru ini.

    Bekas perdana menteri itu cedera semasa serangan senjata ketika mengetuai perarakan panjang partinya di Punjab, Wazirabad pada 3 November lalu. Seorang penyokong PTI, Moazzam Nawaz terbunuh dalam insiden itu, manakala 14 lagi yang lain termasuk Khan cedera.

    Suspek telah ditangkap oleh polis tidak lama selepas itu.

    Disoal mengenai ancaman yang masih wujud dalam temu bual bersama France 24 hari ini, Imran berkata, “Malangnya, saya kira mereka akan mencuba lagi. Ancaman ke atas nyawa saya masih kekal. Sebab-sebab mengapa orang mahu menghapuskan saya adalah kerana parti saya setakat ini adalah yang paling popular di Pakistan.”

    Menurut Khan, PTI telah menang 75 peratus pilihan raya kecil baru-baru ini di negara itu ‘meskipun semua parti digabungkan untuk menyokong kerajaan.’

    “Kami telah menang mudah pilihan raya kecil kerana orang ramai tidak mahu pemimpin yang memerintah Pakistan sekarang,” katanya.

    Beliau bagaimanapun mengatakan akan mengambil langkah berjaga-jaga, namun ancaman kematian tidak akan menghalangnya daripada ‘meneruskan apa yang dipercayainya misi untuk berjuang bagi pemerintahan undang-undang di negara itu. – ANN/Dawn

    Rakaman dari France 24 menyaksikan Imran Khan semasa ditemu bual. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...