Khan ikrar bantu Afghan

KABUL, 19 NOV – Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan mengunjungi negara jiran dilanda perang, Afghanistan hari ini, di mana beliau berikrar untuk membantu mengurangkan keganasan dan menggesa gencatan senjata antara Taliban dan angkatan Afghanistan.

Lawatan sulung Khan ke Kabul itu muncul di tengah-tengah pergolakan ganas di seluruh Afghanistan yang bertambah buruk meskipun perundingan kerajaan Afghanistan dan Taliban melancarkan rundingan perdamaian di bandar Doha, Qatar pada September.

“Kami maklum dan prihatin yang tahap keganasan meskipun rundingan di Qatar…telah meningkat,” kata Khan kepada wartawan di luar istana presiden selepas mesyuarat bersama Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani.

“Pakistan akan melakukan segala-galanya apa pun yang mungkin, kami akan melakukannya untuk membantu mengurangkan keganasan ini dan malah mencapai gencatan senjata.”

“Kami rakyat dan kerajaan Pakistan hanya mempunyai satu keutamaan dan keutamaan itu adalah..kami mahukan keamanan (di Afghanistan),” kata Khan. – AFP

Imran Khan bersama Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani ketika memeriksa kawalan kehormatan menjelang sidang media bersama di Istana Presiden di Kabul pada 19 November. – AFP