Khasiat, kandungan bayam untuk tubuh

TANAMAN bayam memiliki nama latin Amaranthus dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan tersebar ke Amerika Tengah dan Afrika akan tetapi pada masa kini bayam sudah tersebar ke seluruh dunia.

Bayam terkenal kerana sumber zat besinya yang amat penting untuk tubuh manusia.

Terdapat dua jenis bayam yang utama dimakan di negara kita iaitu bayam hijau dan bayam merah. Kedua-dua jenis bayam ini memiliki rasa dan tekstur yang sama, cuma kandungan yang terdapat di bayam merah lebih unggul daripada kandungan yang terdapat di bayam hijau.

Bayam adalah daripada keluarga Amaranthaceae. Ia kaya dengan Vitamin A, Vitamin B , Vitamin C dan zat-zat galian seperti zat besi (Fe), fosforus (P), kalium (K), mangan (Mn) dan zink (Zn

Terdapat kekeliruan dalam nama bayam dan spinach. Kedua-duanya adalah daripada keluarga yang sama iaitu Amaranthaceae tapi berlainan genus. Genus bayam adalah Amaranthus, manakala genus spinach adalah Spinacia. Kekeliruan ini terhasil apabila bayam diterjemahkan kepada bahasa Inggeris. Sepatutnya bayam dalam bahasa Inggeris disebut Amaranth. Walaubagaimanapun, istilah bayam untuk spinach telah digunapakai dalam istilah bahasa Melayu.

Tidak jelas asal usul kekeliruan ini tetapi tidak salah dari segi nutrisi pemakanan kerana kedua-dua sayuran ini mengandungi zat besi yang tinggi.

Manfaat bayam untuk tubuh

1.Melawan Sel Kanser

Vitamin A dan C serta serat, asid folat dan 13 flavonoid dalam bayam sangat bermanfaat dalam memerangi sel kanser.Kajian menunjukkan, kandungan tersebut pada bayam menurunkan risiko kanser sebanyak 34 perartus terutama pada kanser payudara, kanser rahim, kanser prostat, kanser kulit dan kanser perut.

2.Sumber antiradang

Bayam mengandung sifat alkali yang tinggi sehingga membuatkan sayur ini pilihan yang sempurna bagi pesakit penyakit antiradang, seperti rheumatoid arthritis dan osteoarthritis.

3.Mengurangi risiko penyakit kardiovaskular

Bayam merupakan sumber folat yang baik, yang dapat mengurangi homosistein, asid amino yang ditemui dalam darah. Tingginya kadar homosistein dalam darah menyebabkan tingginya risiko penyakit jantung. Bayam juga mengandungi choline dan inositol, yang membantu mencegah pengerasan pembuluh darah.

4.Menurunkan tekanan darah tinggi

Bayam kaya akan kalium dan rendah sodium, kadar mineral yang seimbang ini sangat bermanfaat bagi pesakit tekanan darah tinggi, selain itu folat dalam bayam juga dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan saluran darah, dengan itu mengekalkan kelancaran aliran darah.

5.Mencegah Osteoporosis

Secawan daun bayam segar memenuhi 200 peratus keperluan harian akan vitamin K. Vitamin ini amat penting dalam pencegahan keropos tulang. Selain itu, mineral lainnya seperti magnesium, seng, tembaga dan fosfor dalam bayam juga membantu penguatan tulang.

6.Mencegah Diabetes

Bayam sangat berguna bagi pesakit kencing manis. Magnesium ditemui dalam bayam membantu untuk menghalang komplikasi yang berlaku selepas kencing manis. Pemakanan bayam yang kerap membantu menstabilkan gula dalam darah dan menghalangnya daripada turun naik terlalu kerap.

7.Mencegah Anemia

Bayam adalah sumber zat besi yang diperlukan dalam mencegah anemia. Zat Besi membantu menghasilkan semula sel darah merah, yang membawa oksigen ke semua bahagian badan.

8.Memperbaiki kualiti penglihatan

Bayam merupakan sumber lutein, karotenoid yang dikenali membantu melindungi mata terhadap katarak. Bayam juga kaya akan vitamin A, yang membuatnya sangat bermanfaat untuk penglihatan.