Khaskan penempatan bagi perintah kuarantin

Dengan penularan COVID-19 di negara ini yang cepat merebak dan kemungkinan besar daripada varian Delta yang mudah menular, mungkin sudah tiba masanya untuk sebahagian dikenakan kuarantin rumah ditempatkan di tempat khas misalnya hotel, asrama atau pusat-pusat yang mempunyai kemudahan untuk kuarantin.

Malaysia sudah pun menyaksikan orang-orang dikenakan kuarantin melanggar perintah kuarantin di rumah dan mungkin senario itu boleh sahaja terjadi di sini apabila orang dikuarantin merasa bosan.

Dikhuatiri sahaja mereka yang positif merayau selepas beberapa hari dikuarantin dan menambahkan lagi kluster di luar. Sehubungan itu, usaha untuk mengelak kluster baharu perlu apa tah lagi kluster semakin bertambah di negara ini.

Virus sudah ada dalam komuniti, maka pencegahan adalah lebih baik daripada mengubatinya.

Merati