Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Khatam Al-Quran sempena HK39

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 19 MAC – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah menganjurkan majlis khatam Al-Quran di seluruh negara sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-39, kelmarin.

    Di Daerah Belait, majlis tersebut telah diadakan di Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait. Ia dihadiri oleh lebih daripada 385 peserta yang terdiri daripada belia dan wakil-wakil agensi dari seluruh Daerah Belait.

    Setiausaha Tetap (Kebudayaan) di KKBS, Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, yang hadir sebagai tetamu kehormat memulakan majlis tersebut dengan membaca Surah Al-Fatihah.

    Turut hadir ialah Penolong Pegawai Daerah Belait, Awang Mohamad Yassin bin Haji Ahmed dan Ketua Pegawai Agama dari Pejabat Ugama Daerah Belait, Awang Mohamad Aliyani bin Ismail.

    Majlis diteruskan dengan bacaan khatam Al-Quran yang dipimpin oleh salah seorang pelajar dari Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Jefri Bolkiah (JBC), Awang Muhammad Danial Hakeem bin Halmi. Seterusnya, Takhtim Al-Quran dan Doa Khatam telah dibacakan oleh salah seorang pelajar dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Awang Mohammad Nabil bin Mohd Nordin dan pelajar dari Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah (SMALHB), Awang Muhammad Irfan bin Haji Abdul Gapar.

    Majlis tersebut diakhiri dengan bacaan Dikir Marhaban yang dipimpin oleh jawatankuasa takmir masjid dan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang dipimpin oleh Ketua Imam, Awang Mohammad Hilmi bin Yakop.

    KKBS berharap majlis ini dapat menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke-39 sambil memperkuat pemahaman dan kerjasama antara pelbagai agensi yang terlibat dan belia, sekali gus menjadi salah satu aktiviti keagamaan yang diadakan selaras dengan visi negara untuk menjadi sebuah Negara Zikir.

    Pengiran Haji Mohd Hasnan semasa membaca Surah Al-Fatihah.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...