Khatam Al-Quran sempena majlis konvokesyen UBD

Oleh Ak Zaki Kasharan 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OGOS – Seramai 455 orang mahasiswa dan mahasiswi Universiti Brunei Darussalam (UBD) yang beragama Islam menyertai Majlis Khatam Al-Quran yang diselajurkan dengan Doa Kesyukuran sempena Majlis Konvokesyen UBD ke-33 yang berlangsung di Masjid UBD, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah bin Haji Sulaiman. Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) di Kementerian Pendidikan, Dr Haji Azman bin Ahmad, dekan-dekan dan pengarah-pengarah serta pegawai-pegawai UBD.

Majlis tersebut merupakan majlis tahunan bagi para bakal graduan UBD yang telah berjaya

Program dikelolakan dan diselaraskan oleh para pegawai ugama Unit Kerohanian dan Khidmat Masyarakat, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Persatuan Mahasiswa-Mahasiswi Universiti Brunei Darussalam (PMUBD).

Ia juga diadakan sebagai tanda kesyukuran atas kejayaan para graduan tahun 2021 selain menjadi sebagai wahana UBD untuk melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang celik Al-Quran serta bagi merealisasikan hasrat pembentukan generasi Al-Quran dan negara zikir.

Majlis didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan bacaan Surah Ad-Duha hingga Surah Al-Masad beramai-ramai dan disusuli dengan bacaan Takhtim serta Doa Khatam. Acara kemudian diteruskan dengan penyampaian bunga telur dan sijil kepada para pembimbing dan peserta khatam diiringi alunan Dikir Marhaban yang dibawakan oleh ahli-ahli kelab dikir, nasyid dan tausyeh UBD.

Yang Berhormat Menteri Pendidikan semasa menghadiri majlis yang berlangsung di Masjid UBD, kelmarin.
Antara yang menyertai majlis khatam Al-Quran tersebut.