Khazanah India berjaya dikembalikan setelah dicuri

PADA siang hari Arvind Venkatraman bekerja sebagai jurutera perisian di pusat teknologi India, Chennai. Tetapi pada masa lapang, dia adalah seorang detektif seni antarabangsa yang mana usahanya untuk membantu membawa kembali beberapa barangan purba paling berharga di negaranya.

Venkatraman adalah sebahagian dari sebuah kumpulan penggemar seni dikenali sebagai India Pride Project (IPP) yang menggunakan Facebook dan media sosial lain untuk mengenal pasti artifak-artifak keagamaan dari kuil di seluruh negara dan berusaha mendapatkannya kembali.

Pencurian seni adalah perniagaan besar di seluruh India. Namun perolehan duit banyak dengan mudah ialah di negeri kelahiran Venkatrama, Tamil Nadu, yang mana artifak-artifak keagamaan berusia berabad-abad lamanya dengan nilai jualan berpotensi besar di Barat sebahagian besarnya berada di kuil-kuil luar bandar yang kebanyakannya tidak dilindungi.

Dua tahun lalu, IPP mendakwa kemenangan besar apabila National Gallery of Australia mengembalikan patung gangsa tuhan Hindu, Shiva bernilai $5 juta yang dicuri dari kuil Tamil Nadu.

Pada mulanya Venkatraman berkata galeri itu, yang kini menyaman syarikat penjual Manhattan yang menjual patung itu, keberatan untuk melayani idea bahawa pembeliannya telah dicuri.

Aktiviti pencurian seni adalah perniagaan yang besar di seluruh India. – AFP
Aktiviti pencurian seni adalah perniagaan yang besar di seluruh India. – AFP
Mana-mana artifak keagamaan berusia berabad-abad lamanya dengan nilai jualan berpotensi besar di Barat sebahagian besarnya berada di kuil-kuil luar bandar yang kebanyakannya tidak dilindungi. – AFP
Mana-mana artifak keagamaan berusia berabad-abad lamanya dengan nilai jualan berpotensi besar di Barat sebahagian besarnya berada di kuil-kuil luar bandar yang kebanyakannya tidak dilindungi. – AFP

Lalu IPP mengadakan kempen media sosial dengan menggunakan imej-imej yang membandingkan patung yang dicuri dengan yang dipamerkan di muzium itu.

“Pada awalnya, lazimnya ada penafian,” dia memberitahu AFP di Chennai. “

Sama ada Australia, Eropah, Singapura atau AS, pada awalnya akan ada penentangan dari para kurator muzium, kerana mereka telah membelanjakan banyak wang dan mereka tidak mahu melepaskan benda itu.”

Patung itu adalah antara yang dikatakan diseludup oleh Subhash Kapoor, bekas penjual seni Manhattan yang menjadi tumpuan penyiasatan besar-besaran persekutuan AS dikenali sebagai Operation Hidden Idol (Operasi Patung Tersembunyi).

Kapoor telah diberkas di Jerman pada tahun 2012 dan kini dibicarakan di India, dituduh berkomplot dalam pencurian, penyeludupan dan penjualan patung-patung keagamaan.

Dia menafikan semua tuduhan.

Kebanyakan barangan purba yang terlibat dalam kegiatannya yang dibuat pada abad ke 11 dan 12, apabila dinasti Chola yang menerajui seni Hindu berkembang maju di Tamil Nadu.

Sasaran mudah

“Operasi ini berjalan selama bertahun-tahun lamanya,” kata Prateep V Philip, yang mengetuai Idol Wing, Tamil Nadu – satu-satunya pasukan polis India yang khas menangani pencurian seni. “Dia (Kapoor) sendiri tidak turut dalam pencurian itu, namun dia adalah ketua perancangnya.”

Philip berkata Kapoor telah memenangi dunia seni antarabangsa dengan mendermakan barangan-bahagian purba berjuta-juta dolar kepada muzium di AS.

Dia menjalankan syarikat kargonya sendiri di India, yang dikatakan menutupi barangan purba berharga di kalangan replika-replika moden.

“Bila saja kecurian berlaku pada masa lalu, kadangkala orang malah tidak menyedari-nya,” kata Philip, dengan menyifatkan beribu-ribu patung kecil yang memenuhi negeri itu sebagai ‘mangsa mudah”.

“Ia adalah kuil yang hanya dikunjungi beberapa kali dalam masa setahun. Dengan demikian apabila pencurian berlaku ia hanya diketahui lama selepas itu.”

Ini bermakna kebanyakan seni keagamaan India yang dicuri tidak pernah didaftarkan sebagai yang hilang, yang membolehkan ia dibeli dan dijual di pasaran antarabangsa.

Menyelesaikan masalah

Donna Yates, yang memberikan kuliah berhubung penyeludupan barangan purba di Universiti Glasgow, berkata dia ‘benar-benar tercengang” apabila diketahui patung galeri Australia telah dicuri.

“Jika pada tahun 2011 (sebelum penangkapan Kapoor) saya diajukan pertanyaan sama ada perkara seumpama ini masih boleh berlaku, saya berkata tidak. Saya percaya disebabkan ketekunan betul-betul muzium telah jauh bertambah baik,” katanya dalam temu bual melalui telefon.

Sejak penangkapan itu, Washington telah mengembalikan beratus-ratus artifak yang diperolehi di bawah operasi Hidden Idol kepada India. Namun patung-patung itu masih hilang.

Tahun ini, pasukan Philip telah menangkap seorang penjual karya seni di Chennai selepas penemuan beratus-ratus patung logam dan batu tuhan Hindu dari sebuah gudang.

Yates percaya akar umbi tugas IPP dalam mendokumenkan kes pencurian dan membawanya kepada perhatian awam adalah penting dan tidak ada tandingnya di mana-mana di dunia ini.

“Jumlah yang telah mereka mampu lalukan tanpa sumber adalah mengagumkan. Ia tidak berlaku di tempat lain,” ujarnya. Para sukarelawan, yang semua-nya mempunyai minat mendalam akan seni India, meneliti katalog lama dari pusat lelong, dengan menggunakan sebarang kecacatan dan ketidaksempurnaan untuk dipadankan dengan patung-patung yang telah dicuri dari kuil-kuil.

Diasaskan oleh dua orang penggemar seni yang menetap di Singapura, kini di dalamnya termasuklah para aktivis dari seluruh dunia.

Kerja mereka tidak dibayar, namun Venkatraman berkata semua berbaloi apabila sebuah patung dikembalikan ke kuil, iaitu ke tempat asalnya.

“Apabila akhirnya patung itu dikembalikan, kuil itu ‘hidup kembali’,” ujarnya. “Ia sejenis kitaran.. sebaik saja kitaran itu lengkap, seperti mengatakan, baiklah, teka-teki akhirnya terjawab.” – AFP