Wednesday, February 19, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Khedira gesa Juve terus fokus

    ALGHERO, 5 Mei – Sami Khedira menyeru rakan sepasukannya untuk terus fokus ketika Juventus, yang mengejar gelaran trebel, mahu memastikan gelaran Serie A dengan kemenangan derbi ke atas Torino.

    Satu kemenangan Juventus Ahad ini, digabungkan dengan kekalahan Roma di AC Milan akan memberikan juara bertahan itu kelebihan 12 mata di puncak dengan baki tiga perlawanan.

    Tetapi Khedira berkata bagi mendapatkan gelaran keenam berturut-turut hanya satu langkah dalam laluan Juve meraih trebel, tujuh tahun selepas Jose Mourinho mencapainya dengan Inter Milan pada 2010.

    Juara Itali sebanyak 32 kali itu berdepan dengan Lazio dalam final Piala Itali bulan depan dan, selepas kemenangan 2-0 ke atas Monaco dalam separuh akhir pertama Liga Juara-Juara, kelihatannya sudah satu langkah ke final di Cardiff.

    Pemain tengah Jerman, Khedira, berkata masih banyak kerja yang perlu dilakukan.

    Sami Khedira (tengah) bersama barisan pemain Juventus yang lain di Pusat Latihan Juventus. Khedira menggesa Juve terus fokus untuk mencapai impian trebel mereka. – AFP
    Sami Khedira (tengah) bersama barisan pemain Juventus yang lain di Pusat Latihan Juventus. Khedira menggesa Juve terus fokus untuk mencapai impian trebel mereka. – AFP

    “Para penyokong mempunyai impian, yang sama dengan impian kami,” kata Khedira. “Tetapi kami tidak suka bermimpi, dan jika kami mahu mencapai semuanya, kami masih mempunyai banyak kerja perlu dilakukan.

    “Derbi ini adalah seperti mata penentu bagi kami. Jika kami menang di laman sendiri, meskipun Roma perlu bermain selepas itu, kami sudah mendekati antara objektif kami.

    “Kemudian kami mahu memenangi Piala Itali menentang Lazio, skuad hebat yang kami sudah tewaskan sebanyak dua kali (musim ini) dan yang kami mahu tewaskan lagi.”

    Selepas menyaksikan Gonzalo Higuain mencipta dua gol di Stade Louis ll, jurulatih Massimiliano Allegri dijangka membuat beberapa perubahan bagi kunjungan ke Torino. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda