Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    KHEDN sambut Nuzul Al-Quran

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 APRIL – Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan jabatan-jabatan di bawahnya, hari ini, telah mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran di Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Sungai Akar.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang diselenggarakan oleh Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) itu ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

    Majlis telah dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh johan qari Musabaqah Tilawah Quran Belia Kebangsaan Tahun 1442H / 2021M, Awang Afiq Haririe bin Haji Awang Mat Daud, sementara tafsirannya disampaikan oleh Pegawai Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Mohd Hazwan Nizam bin Ibrahim.

    Kemudian, majlis diserikan dengan ceramah khas bertemakan ‘Al-Quran Sepanjang Zaman’ yang disampaikan oleh Pegawai Ugama PDI, Awang Mohammad Nasyith bin Superi selaku penceramah undangan.

    Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan wakaf kepada masjid berkenaan dan derma kepada anak-anak yatim yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

    Seramai 31 orang anak yatim daripada kalangan penduduk Kampung Sungai Akar telah menerima sumbangan tersebut.

    Majlis itu juga dihasratkan sebagai wadah untuk memperingati hari kebesaran Islam bagi meraih keberkatan pada bulan mubarak ini selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kementerian dan juga penduduk setempat semata-mata mengharapkan keredaan Allah SWT.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyampaikan derma kepada anak-anak yatim.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...