Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Khemah boleh lipat untuk keselesaan mangsa bencana

    Oleh James Kon

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 FEB – Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) di bawah pentadbiran Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, baru-baru ini, telah mempamerkan khemah boleh lipatnya pada pameran sebelum sesi muzakarah antara KHEDN dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN).

    Pameran itu dianjurkan oleh KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

    Khemah boleh lipat berkenaan berfungsi sebagai tempat perlindungan sementara bagi mangsa-mangsa yang terjejas oleh bencana. Khemah-khemah berkenaan telah digunakan semasa bencana banjir di Daerah Belait pada penghujung tahun lalu.

    Khemah boleh lipat yang luas itu diharap dapat meningkatkan keselesaan dan kesejahteraan serta privasi mangsa-mangsa apabila mereka ditempatkan di tempat perlindungan sementara. Khemah berkenaan mudah dipindah ke tempat-tempat perlindungan sementara.

    Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Haji Ahmad berbual dengan kakitangan NDMC mengenai khemah boleh lipat yang dipamerkan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...