Tuesday, April 16, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Khemah tradisional untuk penyokong Piala Dunia

    DOHA, 16 JUN – Qatar berhasrat untuk menyediakan sebanyak 1,000 khemah tradisional kepada 1.2 juta penyokong yang dijangka akan menyaksikan Piala Dunia FIFA pada tahun ini, menurut penganjur, baru-baru ini.

    “Ia adalah salah satu dari beberapa pilihan yang akan dilaksanakan pada dua minggu akan datang,” kata pegawai daripada jawatankuasa tertinggi penganjur kejohanan.

    “Ini adalah perkhemahan sebenar,” katanya semasa sidang tersebut. “Kami perlu berikan satu pengalaman berada di gurun pasir dan khemah dengan gaya Badwi kepada orang ramai,” tambahnya.

    Khemah tersebut akan dilengkapi dengan kemudahan air, elektrik dan sistem penyaliran tetapi tidak disertakan dengan penyaman udara.

    Kejohanan tersebut bermula pada 21 November hingga 18 Disember. Perlawanan pertama Piala Dunia akan berlangsung semasa musim sejuk untuk mengelak daripada suhu musim panas yang kebiasaannya boleh mencecah 45 darjah Celsius.

    Qatar bakal menyediakan penginapan jenis perkhemahan kepada penyokong Piala Dunia sekali gus memberikan mereka sebuah pengalaman berada di gurun pasir dan khemah dengan gaya Badwi.

    Selain itu, sebanyak 200 khemah mewah akan disediakan untuk penyokong bola sepak luar negara yang datang berkunjung ke negara itu.

    Menurut Jaber, ia akan ditempatkan di sepanjang kawasan pantai yang dinamakan sebagai Sealine di selatan negara tersebut, berdekatan dengan gurun pasir, manakala bagi kawasan-kawasan lain akan diumumkan kemudian.

    Dia juga menambah bahawa lebih dari 100,000 bilik akan disediakan semasa kejohanan, yang bertujuan untuk mengurangkan kebimbangan terhadap kapasiti penginapan di negara tersebut.

    Para penyokong akan berpeluang memilih tempat penginapan seperti di kawasan perkampungan yang telah ditetapkan, termasuk pangsapuri, vila, kabin dan dua kapal pelayaran.

    Walau bagaimanapun, sebahagian besar bilik hotel di negara tersebut telah ditempah awal oleh pihak penganjur untuk kemudahan pasukan, pengadil dan pengamal media tetapi FIFA akan membukakannya untuk tempahan jika ada bilik-bilik yang tidak digunakan, menurut Jaber.

    Beberapa buah hotel kini dalam pembinaan, dengan harapan banyak lagi bilik akan tersedia dalam beberapa bulan akan datang. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...