Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    KHEU Fokus perbelanjaan bidang pendidikan agama

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Belanjawan berjumlah $280,936,340 diperuntukkan untuk Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) bagi Tahun Kewangan 2022/2023, yang termasuk perbelanjaan kemajuan sebanyak $19,030,000 dengan harga rancangan sebanyak $97,610,269.

    “Jumlah tersebut meliputi gaji kakitangan dan perbelanjaan berulang-ulang sebanyak $261,906,340,” jelas Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman ketika membentangkan peruntukan belanjawan bagi kementerian berkenaan semasa permesyuaratan Majlis Mesyuarat Negara (MMN), kelmarin.

    Yang Berhormat Pehin berkata, melalui peruntukan berkenaan, kementeriannya akan mengoptimumkan dalam mendukung keutamaan bagi Tahun Kewangan 2022/2023 dengan memberi fokus kepada beberapa strategi.

    Antara strategi berkenaan adalah memfokuskan kepada perbelanjaan bidang pendidikan agama untuk semua penduduk Islam dengan mengambil kira tugas utama KHEU.

    Di samping bidang dakwah, hal ehwal masjid dan bidang-bidang perkhidmatan agama lainnya, termasuk Jabatan Majlis Ugama Islam juga memfokuskan kepada pemeliharaan aset yang perlu diberikan perhatian segera.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama semasa membentangkan peruntukan belanjawan pada permesyuaratan MMN, baru-baru ini. – Gambar oleh Infofoto

    Walaupun berkhidmat dalam Fasa Endemik COVID-19, jelasnya, KHEU berazam untuk meneruskan rancangan-rancangan yang disediakan peruntukannya.

    Yang Berhormat Pehin turut berkongsi beberapa kemajuan perkhidmatan agama dalam bidang pelajaran seperti pencapaian murid dan pelajar-pelajar dalam peperiksaan awam bagi mata-mata pelajaran umum PSR, O Level, dan A Level juga dalam peperiksaan yang sebanding dengannya dalam persekolahan agama dan Arab.

    “Kedua-dua ini telah mencapai matlamat yang dijangkakan dengan menunjukkan kejayaan persekolahan agama dan Arab yang menawarkan dua aliran pengajian kepada murid dan pelajarnya,” tambahnya.

    Selain itu, Yang Berhormat Pehin seterusnya menyatakan bahawa banyak lagi kemajuan dijangkakan dengan langkah-langkah pembaharuan dalam bidang-bidang wakaf, zakat dan pensijilan halal terutama dalam pengendalian dan urus tadbir.

    “Ini adalah disebabkan penggubalan undang-undang wakaf yang juga membuka ruang untuk mewujudkan urus tadbir yang rapi, dan ini juga zakat yang sudah ada ketetapan baginya ditadbir urus oleh sebuah jabatan penuh.

    “Kedua-dua bidang ini telah berperanan bagi mengurangkan tanggungan sesetengah perkara dalam kewangan fiskal kerajaan menerusi pengagihan zakat kepada asnaf dan sumbangan menerusi wakaf dan sedekah,” jelasnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...