Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    KHEU, KKBS ungkayah Malam Munajat ke-49

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OGOS – Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) mengungkayahkan Malam Munajat ke-49 kelmarin.

    Hadir pada Malam Munajat yang berlangsung secara maya itu ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan; Setiausaha Tetap KHEU, Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim dan Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang.

    Ia turut disertai jemaah dari 85 buah masjid, surau dan balai ibadat termasuk Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampung Kulapis dan Masjid Kampung Sungai Besar di Daerah Brunei dan Muara; Masjid Kampung Bukit Udal dan Masjid Kampung Penabai di Daerah Tutong; Masjid Mohammad Jamalul Alam dan Masjid Kampung Sungai Teraban di Daerah Belait dan Masjid Kampung Puni dan Balai Ibadat Kampung Sibut, Daerah Temburong.

    Turut memeriahkan malam munajat itu ialah ahli-ahli Kelab Belia dari Daerah Brunei dan Muara, Tutong, Belait dan Temburong yang dikendalikan bersama Kelab Komuniti Belia Transformasi serta Persatuan Warga Emas, sukarelawan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, dan alumni peserta Kapal Belia (BERSATU).

    Acara diserikan lagi dengan bacaan Sayyidul Istighfar, bacaan Surah Yasin beramai-ramai dan tazkirah bertajuk ‘Hidup dalam Berjiran’ yang disampaikan oleh da’ie bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei, Awang Mohammad Fahmi bin Haji Matnor dari Masjid Kampung Kilanas diikuti bacaan Asma’ul Husna dan selawat serta diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dan Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan semasa menyertai Malam Munajat dengan penyertaan dari KKBS. – Gambar serahan KHEU
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...