BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Okt – Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa pendaftaran bagi perkhidmatan berkhatan musim cuti persekolahan penggal ketiga tahun ini akan bermula dari 19 hingga 28 November depan.
Pendaftaran hanya dibuka pada hari bekerja sahaja dari jam 8:15 pagi hingga 11:15 pagi dan 2 petang hingga 3:30 petang di Bekas Klinik Obstetrik dan Ginekologi, Blok 3, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (berdepan dengan kantin BKS, Hospital RIPAS) di tempat sama perkhidmatan berkhatan berkenaan akan dijalankan.
Ibu bapa diingatkan untuk membawa bersama anak yang akan berkhatan, salinan surat beranak dan kad Bru-HIMS semasa membuat pendaftaran.