Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Khidmat kesihatan tanpa kebenaran diserbu

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 SEPT– Seorang lelaki, penduduk tetap berumur 65 tahun baru-baru ini telah ditahan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bersama sejumlah ubatan-ubatan dan peralatan yang dijual bagi tujuan perubatan kesihatan.

    Lelaki itu dipercayai tidak mempunyai sebarang kebenaran atau lesen dari mana-mana pihak berwajib di negara ini.

    Suspek ditahan di kediamannya di Jalan Perakong, Seria, Daerah Belait, sekitar jam 10:30 pagi setelah serbuan dijalankan oleh beberapa buah agensi penguatkuasaan.

    Kediamannya telah disyaki dijadikan tempat untuk menjalankan khidmat rawatan dan menjual ubat-ubatan yang bercanggah dengan undang-undang perubatan di negara ini.

    Operasi tersebut turut melibatkan pegawai, keanggotaan dan ahli-ahli daripada Ibu Pejabat Daerah Polis Belait, Balai Polis Seria, PPDB, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) serta daripada bahagian penguat kuasa kesihatan, Kementerian Kesihatan.

    Turut ditemui dan dirampas ialah sejumlah botol-botol yang berisi dipercayai mengandungi minuman keras.

    Suspek dan kesemua peralatan serta ubat-ubatan dirampas untuk dijadikan bahan bukti siasatan. Suspek akan berdepan dengan pertuduhan di bawah Akta Perintah Ubat 2007, Akta Pengamal Perubatan dan Doktor Gigi Penggal 112 dan Seksyen 146 (1) (d) Perintah  Eksais 2006.

    Antara ubat perubatan kesihatan yang tidak mempunyai sebarang kebenaran atau lesen, yang berjaya dirampas oleh anggota penguat kuasa semasa operasi tersebut.
    Antara botol yang dipercayai mengandungi minuman keras telah dirampas oleh pegawai penguat kuasa semasa operasi tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...