Khidmat penstriman Disney+ capai 50 juta pengguna

SAN FRANCISCO, 9 APRIL – Syarikat Walt Disney kelmarin berkata perkhidmatan penstriman televisyennya sudah pun meraih 50 juta pelanggan berbayar hanya lima bulan selepas pelancarannya di Amerika Syarikat.

Disney+ bersiaran di India dan lapan negara Barat Eropah beberapa minggu baru-baru ini.

Sekitar lapan juta daripada pelanggan berbayarnya adalah di India, di mana Disney+ telah menawarkan gabungan dengan perkhidmatan Hotstar yang sedia ada.

“Kami berasa rendah hati yang Disney+ telah menarik jutaan orang di seluruh dunia, dan percaya petanda baik itu sesuai untuk pelanjutan berterusan di seluruh Barat Eropah dan Jepun serta semua Amerika Latin tahun ini,” pengerusi jualan langsung dan antarabangsa Kevin Mayer dalam satu kenyataan.

Syarikat Walt Disney bulan lalu memperkenalkan khidmat penstriman Disney+ di tujuh buah negara Eropah namun telah mengurangkan jalur lebar – dan sejak itu mengurangkan kualiti outputnya – kerana permintaan besar ke atas infrastruktur rangkaian semasa krisis koronavirus. – AFP