KUALA LUMPUR, 20 MAC – Malaysia akan mengerah tentera untuk menyokong polis dalam menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan bertujuan membendung penularan koronavirus, kata menteri hari ini, tatkala kes di negara itu meningkat melebihi 1,000.
Orang awam telah diberitahu supaya tinggal dalam rumah dan semua sekolah dan kebanyakan perniagaan telah ditutup, sementara rakyat Malaysia dilarang daripada berkunjung ke luar negara dan warga asing daripada memasuki negara.
Namun sesetengah orang masih tidak menghirau langkah yang diperkenalkan pada minggu ini, dengan penduduk masih berjalan-jalan di taman dan makan di restoran.
Polis pada mulanya telah ditugaskan untuk menguatkuasakan perintah kawalan itu, yang akan berakhir pada akhir Mac, namun Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata tentera akan dibawa masuk mulai Ahad ini.
Beliau berkata kerajaan yakin dengan bantuan kawalan daripada pihak tentera, perintah itu akan dapat dilaksanakan dengan lebih baik. “Kita harap rakyat akan lebih patuh dengan arahan yang diberikan,” katanya, pada sidang media.

“Masih terdapat ramai orang yang tidak peduli mengenai arahan daripada kerajaan.”
Malaysia melaporkan 130 kes virus baharu hari ini untuk membawa jumlah kepada 1,030 – jumlah tertinggi berbanding mana-mana negara Asia Tenggara. Tiga orang telah meninggal dunia.
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebelum itu merayu kepada rakyat Malaysia supaya mematuhi perintah berkenaan, berkata ia bukan alasan untuk bercuti atau melepak bersama kawan.
Lebih separuh daripada sekatan negara telah pun dikaitkan dengan satu perhimpunan Islam berhampiran Kuala Lumpur pada awal bulan yang dihadiri oleh lebih 16,000 orang dari seluruh dunia.
Acara itu telah dikaitkan dengan jangkitan di seluruh rantau, termasuk Brunei, Singapura dan Kemboja.
Di seluruh dunia, jumlah kematian akibat virus itu telah melepasi 10,000, menurut pengiraan AFP. – AFP