Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Khuatir sekatan baharu jejas pasaran Asia

    HONG KONG, 11 JULAI – Pasaran Asia dan harga minyak kebanyakannya menurun hari ini dengan peningkatan jangkitan COVID di Shanghai telah menimbulkan kebimbangan terhadap perintah kawalan pergerakan yang akan menjejaskan ekonomi di bandar tersebut.

    Berita itu dikeluarkan selepas laporan pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang diramalkan pada minggu lalu menunjukkan ekonomi utama dunia setakat ini berdepan dengan peningkatan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan, memberikan peluang yang lebih luas untuk mengatasi peningkatan dalam inflasi.

    Para peniaga juga memantau perkembangan di Washington ketika Presiden Joe Biden berusaha menyingkirkan beberapa tarif yang dikenakan oleh Donald Trump ke atas barangan dari China yang bernilai berbilion dolar.

    Shanghai merekodkan lebih kurang 120 kes jangkitan pada hujung minggu, setelah menyaksikan kes pertama yang disebabkan strain Omicron BA.5, telah memaksa para pegawai untuk melancarkan satu lagi ujian secara besar-besaran.

    Dengan China berpegang teguh pada strategi sifar COVID bagi membendung penyakit tersebut, terdapat kekhuatiran mengenai pihak berkuasa sekali lagi akan melancarkan perintah kawalan pergerakan, ketika penduduk Shanghai kembali bebas daripada pengurungan selama dua bulan pada Jun lalu.

    Selain daripada itu, terdapat jangkitan baharu di sebahagian negara tersebut, termasuk Beijing.

    Maklumat pada minggu ini akan menyediakan pengemaskinian terbaharu pada impak ekonomi setelah langkah-langkah tersebut dijalankan, manakala kawalan ketat yang sama telah dijalankan di Beijing.

    Prospek dalam satu lagi perintah kawalan pergerakan mencetuskan kemerosotan ekonomi di Hong Kong dan Shanghai dan pada masa yang sama ia juga berlaku di Sydney, Seoul, Taipei, Manila, Jakarta dan Wellington.

    Walau bagaimanapun, terdapat peningkatan di Tokyo ketika para peniaga mengalu-alukan blok pemerintah Jepun dengan kemenangan yang kukuh dalam pilihan raya kelmarin, yang diadakan beberapa hari selepas kematian bekas perdana menteri Shinzo Abe. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...