Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Kia Carens serba canggih dipamer

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JUN – Grand Motors Sdn Bhd, selaku pengedar tunggal kereta Kia di negara ini, mula mempamerkan Kia Carens serba baharu untuk orang ramai di bilik pameran Kia, Perindustrian Beribi II, hari ini.

    Kia Carens baharu ini tampil dengan imej yang serba moden di mana ia menggunakan unsur reka bentuk yang kemas dan dilengkapi ciri-ciri ergonomik.

    Carens yang direka lebih luas, canggih dan moden ini telah dikategorikan sebagai kereta MPV Kia yang mempunyai sistem teknologi canggih.

    Kia Carens generasi keempat ini mampu memuatkan tujuh penumpang dan dilengkapi pelbagai kemudahan menarik.

    Antara kelengkapan moden yang ada termasuklah Infotainment 10.25 inci dengan Kia Connect, sistem bunyi Bose Premium dengan lapan pembesar suara, pembersih udara pintar, pengecas telefon tanpa wayar dan penyegar udara khas yang terletak di hadapan.

    Kia Carens 2022 didatangkan dengan standard pakej keselamatan yang merangkumi enam beg udara, ESC, Vehicle Stability Management (VSM) dan Brake Assist System (BAS). Untuk pasaran Brunei, Kia Carens tersedia dalam enjin petrol dan diesel serta transmisi DCT 7 kelajuan dan automatik 8 kelajuan.

    Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Kia Carens baharu boleh mengunjungi bilik pamerannya.

    Kia Carens baharu dipamerkan untuk tatapan umum di bilik pameran Kia di Perindustrian Beribi II kelmarin.
    Bahagian ruang dalam kereta Kia Carens baharu yang luas dan canggih.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...