Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Kia Carens tampil lebih moden

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JUN – Grand Motors Sdn Bhd hari ini memperkenalkan Kia Carens serba baharu bagi tahun 2022 yang menerapkan unsur kenderaan keluarga ala SUV.

    Semasa sesi uji pandu yang diadakan pagi tadi, Kia Carens baharu tampil dengan lambang baharu KIA dan imej yang lebih moden.

    Kenderaan itu juga mempunyai lampu hadapan jenis Crown Jewel dan lampu belakang dan DRL jenis Star Map.

    Di bahagian dalam, Kia Carens baharu tampil dengan imej yang cukup moden di mana ia menggunakan unsur reka bentuk yang moden dan dipenuhi dengan unsur ergonomik.

    Bahagian kabinnya pula dilengkapi dengan 64 warna Ambient Mood Lighting (untuk spesifikasi tinggi sahaja).

    Antara ciri-ciri praktikal yang ditekankan adalah One Touch Easy Electric Tumble untuk tempat duduk baris kedua yang mana ia memudahkan penumpang di baris ketiga untuk keluar masuk kenderaan.

    Menyentuh mengenai penumpang, Kia mendakwa bahawa jarak roda Carens baharu adalah yang terpanjang dalam kelasnya dan ini bermaksud ruang duduk di baris ketiga juga cukup selesa.

    Satu lagi ciri yang memudahkan penumpang adalah meja yang diintegrasikan pada bahagian sandar kerusi, bekas bawah tempat duduk dan 16 pemegang cawan termasuk ciri penyejuk.

    Selain itu, kelengkapan moden yang ada termasuklah Infotainment 10.25 inci dengan Kia Connect, sistem bunyi Bose Premium dengan lapan pembesar suara, pembersih udara pintar, pengecas telefon tanpa wayar dan penyegar udara khas yang terletak di hadapan.

    Mengenai ciri-ciri keselamatan pula, Kia Carens 2022 didatangkan dengan standard pakej keselamatan yang merangkumi enam beg udara, ESC, Vehicle Stability Management (VSM) dan Brake Assist System (BAS).

    Kia Carens baharu tampil dengan lambang baharu KIA dan imej yang lebih moden.
    Bahagian dalam Kia Carens baharu dilengkapi dengan reka bentuk canggih dan moden.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...