Saturday, October 5, 2024
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kia Cerato Koup lebih garang

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Feb – Bagi generasi kedua Kia Cerato Koup, Grand Motors Sdn Bhd hari ini memperkenalkan versi terbaru dengan enjin daripada rangkaian kuasa 1.6 liter GDi Turbo untuk penampilan yang lebih garang dan mantap.

    Dengan enjin GDi Turbo, Kia Cerato Koup mampu menghamburkan kuasa sehingga 204 PS dengan padanan transmisi automatik enam kelajuan membolehkan ia memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam (kmj) dalam masa 7.4 saat.

    Seperti kereta Kia lain, pengendaliannya juga selesa, stereng boleh laras dengan pilihan mode pemanduan ‘Normal’, ‘Comfort’ dan ‘Sport’. Pada kelajuan tinggi, mode ‘Sport’ sangat sesuai digunakan kerana sterengnya terasa lebih berat.

    Generasi kedua Kia Cerato Koup tampil lebih menawan dan garang.
    Generasi kedua Kia Cerato Koup tampil lebih menawan dan garang.
    Bahagian dalam nampak mewah dan elegan.
    Bahagian dalam nampak mewah dan elegan.

    Secara pandangan kasar, ia tampak seperti Kia Cerato namun kereta kategori coupe ini lebih garang dengan jeriji depan dan bampar belakang dikemaskan dengan sentuhan gentian karbon.

    Ruang dalamannya dikemaskan dengan warna hitam dan dipadankan dengan bahan lembut pada papan pemukanya. Kerusi kulitnya juga dibuat dengan jahitan khas yang amat kemas.

    Bahagian tengah papan pemukanya dipadankan dengan skrin LCD 2.5 inci yang turut memaparkan imej kamera undur dengan sistem audio yang mengagumkan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda