Friday, October 11, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    KIA Rio lebih menawan, tampak gagah

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Feb – Grand Motors Sdn Bhd, pengedar tunggal kereta jenama KIA, memperkenalkan KIA Rio terbaru di bilik pamerannya, di Beribi hari ini.

    Rio serba baru ini yang agak berbeza daripada segi luaran dan keluasannya, dipertingkatkan rekaannya menjadi lebih menawan, manakala teknologi keselamatannya juga semakin baik.

    Daripada segi luarannya, ia tampak lebih gagah dengan evolusi gril bahagian hadapan yang lebih nipis namun lebar. Rio terbaru juga dilengkapi dengan lampu depan unjuran dwi-fungsi bergabung dengan LED.

    Ia didatangkan dengan enjin 1.4 Liter GL dengan transmisi automatik, lengkap dengan Anti-Lock Braking System (ABS), sistem bantuan meletak kereta, Immobilizer dan kawalan Auto Cruise, menambahkan lagi keseronokan pemanduan dan menampilkan ciri-ciri keselamatan canggih dalam kelasnya.

    KIA Rio serba baru mula dipasarkan dan dipamerkan di Bilik Pameran KIA, Grand Motors Sdn Bhd, Beribi.
    KIA Rio serba baru mula dipasarkan dan dipamerkan di Bilik Pameran KIA, Grand Motors Sdn Bhd, Beribi.

    Manakala dari segi sistem audionya pula, ia diintegrasikan dengan kedua-dua Android Auto dan Apple CarPlay tulen.

    Pengunjung yang menyaksikan kereta itu hari ini juga berpeluang mengambil gambar selfie dengan KIA Rio baharu ini dan apabila memuat naik ke Instagram mereka dengan meletakkan hashtag #ExcitingKiaRio dan #ADifferenceBeat, mereka secara automatik akan menerima KIA Smartphone Speaker secara percuma.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda