Kia Soluto tampil gaya dinamik, mampu milik

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 SEPT – Grand Motors Sdn Bhd, pengedar tunggal kereta jenama Kia di Brunei, hari ini telah mengadakan sesi uji pandu kereta Kia Soluto baharu.

Kia Soluto merupakan keluaran generasi pertama yang kini memasuki pasaran Brunei Darussalam dan merupakan antara barisan model Kia yang mempunyai harga mampu milik.

Model ini dikuasakan enjin Kappa 1.4 MPI Petrol dengan transmisi automatik.

Soluto menampilkan reka bentuk moden dan ciri-ciri menarik yang menawarkan pemanduan selesa, cekap bahan api dan teknologi bantuan pemandu yang lebih tinggi untuk memberikan pengalaman perjalanan yang lebih memuaskan.

Soluto 2020 memiliki imej yang sportif dan lebih canggih yang mempamerkan beberapa gaya dinamik dan hampir menyerupai rekaan Kia Cerato dari segi lampu depannya.

Walaupun dengan harga mampu milik, Soluto juga dilengkapi dengan teknologi terkini termasuk skrin sesentuh dengan Android Auto dan Apple CarPlay malah mempunyai teknologi pengecasan tanpa wayar.

Grand Motors Sdn Bhd telah membawa masuk dua versi Kia Soluto untuk pasaran ne-gara ini iaitu Kia Soluto GL 1.4L Manual lima kelajuan, dan Kia Soluto GLS 1.4L empat kelajuan.

Kedua-dua versi mempunyai kelebihan berlainan dan untuk mengetahui lebih lanjut, orang ramai bolehlah menghadiri pelancaran Kia Soluto pada minggu ini di Beribi.

Kia Soluto turut didatangkan dengan teknologi terkini.
Grand Motors mengadakan sesi uji pandu kereta Kia Soluto yang telah memasuki pasaran Brunei dengan harga mampu milik.