Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kicauan Twitter Trump gegar industri kereta

    DETROIT – Industri automotif global dari minggu lagi sudah bersiap sedia untuk mendengar kicauan konfrontasi daripada Presiden pilihan AS Donald Trump di Twitter sempena Pameran Kereta Detroit yang sudah pun bermula.

    Sebelum Trump mengangkat sumpah jawatan presiden kelmarin, beliau telah menggunakan Twitter untuk memberi amaran kepada pembuat kereta bahawa mereka mungkin menghadapi tarif import yang tinggi untuk menjual produk yang dibuat dengan buruh asing di pasaran AS.

    Pada Khamis minggu lalu, Toyota menjadi sasaran Trump kerana membina kereta di Mexico selepas mengingatkan Ford dan General Motors.

    Dalam apa yang kelihatan seperti tindakan pantas pencegahan, Fiat Chrysler pada Ahad mengumumkan bahawa pembuatan trak tugas berat Ram akan kembali ke AS dari Mexico, di samping melabur AS$1 bilion di kilang-kilang Michigan dan Ohio serta mewujudkan 2,000 peluang pekerjaan.

    Selepas ‘menggoncang’ beberapa pembuat kereta berturut-turut, festival industri automotif global yang tidak banyakmengundi Trump pada November lalu seolah-olah mengundang presiden pilihan AS itu menjadikan mereka sebagai sasaran untuk ‘menjadikan Amerika hebat semula’.

    Sedan Lexus LS Sedan juga dipamerkan di Detroit minggu lalu. – AFP
    Sedan Lexus LS Sedan juga dipamerkan di Detroit minggu lalu. – AFP
    Presiden Audi AS Scott Keogh (kanan) berjabat tangan dengan seorang ahli lembaga Audi Dr Dietmar Voggenreiter (kiri) semasa mendedahkan SUV konsep Audi Q8 pada Pameran Kereta Detroit pada 9 Januari lalu. – AFP
    Presiden Audi AS Scott Keogh (kanan) berjabat tangan dengan seorang ahli lembaga Audi Dr Dietmar Voggenreiter (kiri) semasa mendedahkan SUV konsep Audi Q8 pada Pameran Kereta Detroit pada 9 Januari lalu. – AFP

    Scott Houldieson, seorang eksekutif serantau dengan Pekerja United Automobile di Chicago memberitahu AFP bahawa pekerja automotif Mexico berpendapatan antara AS$5 dan AS$8 sejam berbanding purata AS$20 untuk pekerja Ford yang baru bertugas di AS.

    Di ibu pejabat korporat dan dewan hotel Detroit di mana eksekutif berkumpul, soalan mendesak presiden Trump bertanya mengenai siapakah sasaran beliau seterusnya. Adakah Ford, Toyota dan GM berjaya mengharungi ribut Trump?

    Seorang wakil untuk salah satu pengeluar kereta yang enggan dikenali memberitahu AFP bahawa mengikuti posting Trump di Twitter sebagai cara kegemarannya untuk memberitahu orang ramai, telah menjadi satu keutamaan bagi pasukan media sosial syarikat-syarikat di AS. Pengeluar lain berkata mereka mengikuti spektrum media yang luas.

    “Kami memantau landskap media secara keseluruhan termasuk media sosial untuk semua berita,” kata jurucakap Volkswagen Jeannine Ginnivan kepada AFP.

    AFP mendapat jawapan yang sama daripada wakil Audi, jenama Volkswagen AG yang mula mengeluarkan model Q5 baru di Puebla, Mexico September lalu. Kereta jenama Volkswagen juga dihasilkan di negara ini.

    Kilang Audi yang pertama di Amerika Utara mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 150,000 kereta setahun dan menggaji seramai 4,200 orang pekerja.

    Trump menggegarkan industri kereta AS di luar negara dengan mengancam untuk mengenakan tarif yang tinggi untuk pasaran AS. – AFP
    Trump menggegarkan industri kereta AS di luar negara dengan mengancam untuk mengenakan tarif yang tinggi untuk pasaran AS. – AFP
    Suasana bilik pameran Toyota di Tokyo pada 6 Januari lalu. Saham Toyota jatuh selepas Trum mengancam untuk mengenakan tarif yang tinggi untuk kereta asing yang memasuki pasaran AS. – AFP
    Suasana bilik pameran Toyota di Tokyo pada 6 Januari lalu. Saham Toyota jatuh selepas Trum mengancam untuk mengenakan tarif yang tinggi untuk kereta asing yang memasuki pasaran AS. – AFP

    Fiat Chrysler yang menggunakan wang pembayar cukai AS pada 2009 untuk menyelamatkannya daripada krisis kewangan global, menekankan kehadirannya di AS.

    “Sejak Jun 2009, kami telah mengumumkan AS$8.4 bilion dalam pelaburan berpangkalan di AS dan telah menambah hampir 25,000 peluang pekerjaan baru di AS,” kata jurucakap syarikat, Jodi Tinson.

    Trump dengan hebat telah mengkritik Presiden Barrack Obama dengan mendakwa dasar perdagangan beliau telah menyebabkan kehilangan berjuta-juta pekerjaan di AS. Beliau juga telah mengancam untuk menarik diri atau menimbang semula Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) yang melibatkan Kanada, AS dan Mexico.

    Di bawah NAFTA, jika sekurang-kurangnya 65 peratus daripada bahagian-bahagian kereta yang mempunyai asal Amerika Utara, boleh dijual bebas cukai di rantau ini.

    Pengeluar kereta di AS telah merampas peluang itu untuk melabur di Mexico. Antara 1999 dan 2013, pelaburan asing di negara itu telah melebihi AS$30 bilion, menurut ProMexico atau sebuah badan yang mempromosi perdagangan Mexico.

    AS pada suku pertama 2015 juga menjadi pengimport terbesar kereta buatan Mexico, menurut Persatuan Automotif Mexico (AMIA).

    Pembuat kereta terbesar AS mempunyai kemudahan pengeluaran di Mexico termasuk syarikat seperti Mercedes Benz dan BMW yang masing-masing akan mula mengeluarkan kereta mereka di sana pada 2018 dan 2019. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda