Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Kids Indoor Adventure Playground dibuka semula

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JULAI – Jerudong Park baru-baru ini telah membuka kembali Kids Indoor Adventure Playground yang baru diubah suai serta telah direka semula bagi tarikan kanak-kanak.

    Kemudahan taman permainan dalaman tersebut telah diubah daripada struktur taman permainan biasa kepada tempat hab pembelajaran tidak formal yang menyeronokkan di mana kanak-kanak dan kanak-kanak kecil boleh bermain dan pada masa yang sama belajar melalui TV skrin sentuh interaktif, permainan pembelajaran secara langsung atau melalui pelbagai buku menarik yang turut disediakan.

    Kids Indoor Adventure dibuka kepada orang ramai dan merupakan nilai tambah pilihan pada tiket Jerudong Park bagi mana-mana ibu bapa yang mempunyai anak kecil.

    Sesi Kid Indoor Adventure mengambil masa dua jam yang akan membolehkan ibu bapa berehat dengan selesa dan selamat manakala anak-anak mereka akan mempunyai banyak peluang untuk meneroka pelbagai jenis permainan dan buku yang direka untuk mendidik dengan cara yang menyeronokkan.

    Pemangku Pengurus Besar Jerudong Park, Hajah Siti Norzalena binti POKLRDSLJ Haji Awang Abdul Rahman menyatakan bahawa tempat tersebut akan menjadi pengalaman unik untuk kanak-kanak kerana Jerudong Park kini boleh menjadi tempat sehenti untuk mereka menikmati kemudahan yang disediakan dan meningkatkan lagi minda kreatif mereka.

    “Kami sangat teruja dengan perubahan Kids Indoor Adventure, kerana ia kini menjadi hab pembelajaran kasual untuk kanak-kanak di sini di Jerudong Park di mana kami telah memuatkan pelbagai jenis alatan pembelajaran yang menyeronokkan seperti TV skrin sentuh interaktif untuk menggalakkan pembelajaran taktil, di samping blok binaan tradisional dan banyak lagi permainan yang menarik,” tambah beliau.

    Hajah Siti Norzalena bergambar ramai bersama kakitangan Jerudong Park di Kids Indoor Adventure Playground.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...