Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Kilafairy tekad istiqamah

    Setiap orang mempunyai fasa hidup dan ujian yang berbeza. Namun apa yang penting adalah apabila kita berubah ke arah kebaikan.

    Begitulah yang dapat disimpulkan dengan penghijrahan pelakon dan penyanyi yang pernah mendapat gelaran Angelina Jolie Malaysia kerana imej seksinya suatu ketika dahulu.

    Namun tidak adil rasanya untuk menilai Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan, kerana wanita berusia 29 tahun itu kini lebih matang dan sejuk mata memandang.

    Memilih untuk tampil bertudung sejak dua tahun lalu, Kilafairy berkata, dia tidak pernah sama sekali memikirkan tawaran kerja akan berkurangan. Sebaliknya, dia merasakan rezekinya kini semakin mencurah-curah.

    “Bila saya buat keputusan untuk bertudung, saya tidak terfikir kalau tawaran kerja saya akan berkurangan.

    Kilafairy berkata, dia tidak pernah sama sekali memikirkan tawaran kerja akan berkurangan, sebaliknya dia merasakan rezekinya kini semakin mencurah-curah. – Agensi

    “Saya bertudung kerana Allah. Tetapi bila rezeki saya semakin murah, ia buat saya lebih bersemangat untuk kekal istiqamah. Perbuatan baik, Allah akan balas baik,” katanya ketika ditemui pada majlis Ulang Tahun Pertama produk tudung yang berlangsung di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Bersempena meraikan ulang tahun pertama produk tersebut, Kilafairy menjadi antara tujuh selebriti dilantik menjadi inspirasi bagi koleksi tudung ini.

    Selain Kilafairy, antara lain adalah Ziana zain, Izara Aishah, Aina Abdul, Amyra Rosli, Hawa Rizwana dan suri hati Rizman, Nurida Suraya.

    Dalam pada itu, tambah Kilafairy, sebagai manusia biasa, dia juga tidak terlepas berdepan dengan ujian, berlawan dengan iman.

    “Saya pun manusia biasa, berlawan dengan iman, ada masa turun dan naik. Sebab itu malas nak cerita lebih-lebih takut nanti tiba-tiba terhenti.

    “Cuma saya boleh cakap saya dah buat sehabis baik.

    Saya rasa, cara saya mendapat hidayah itu membuatkan saya takut untuk membuka tudung,” katanya yang memilih untuk enggan bersentuhan dengan pelakon lelaki dalam drama.

    Sementara itu, menyentuh soal perancangannya untuk menamatkan zaman bujang, Kilafairy selesa memilih untuk tidak berkongsi kisah peribadinya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...