DUBLIN, 1 NOV – Sebuah lagi syarikat alat ganti kereta dari Korea Selatan akan membina sebuah kilang di Georgia, dengan pelaburan lebih daripada AS$176 juta dan akan menggaji lebih daripada 460 pekerja.
Hwashin Co kelmarin berkata bahawa ia akan membina sebuah kilang di tengah-tengah negeri itu di bandar Dublin, dengan rancangan untuk memulakan pengeluaran pada 2025.
Syarikat itu akan menghasilkan kepingan logam bagi casis kereta untuk kedua-dua kilang Hyundai Motor Group baharu yang sedang dibina di Ellabell serta untuk anak syarikat, Kia di West Point.
Ia adalah syarikat terbaharu yang mengumumkan pembinaan kilang untuk membekalkan kilang Hyundai bernilai AS$7.6 bilion bagi memasang kenderaan elektrik dan bateri
di Ellabell, berhampiran Savannah. – AP
