CHONGQING, 20 Julai – Sebuah kilang baru Hyundai Beijing siap dibina di barat daya Perbandaran Chongqing, hari ini, meningkatkan kapasiti tahunan syarikat sebanyak 22 peratus kepada 1.65 juta unit.
Kilang itu, kilang kelima syarikat itu, akan mula beroperasi pada bulan Ogos, dengan pengeluaran tahunan sebanyak 300,000 kereta dan 200,000 mesin.
Pembinaan kilang itu bermula pada bulan Jun 2015 dengan pelaburan sebanyak 7.75 bilion yuan (AS$1.15 bilion).

Hyundai Beijing adalah usaha sama antara Beijing Automotive Industry Holding dan pembuat kereta Republik Korea Hyundai Motor.
Pengeluaran auto Chongqing terus menerajui di China, dengan pembuat kereta mengeluarkan 3.16 juta kereta pada tahun lepas, 11 peratus daripada jumlah keseluruhan negara.
Nilai keluaran industri pembuatan kereta dan elektronik masing-masing meningkat sebanyak 11.7 peratus dan 17.7 peratus pada 2016, dan kedua-dua industri menyumbangkan 55 peratus kepada pertumbuhan industri kasar pada tahun lalu. – Xinhua