Sunday, September 24, 2023
21.9 C
Brunei

    -

    Kilang kereta China hantar 300 NEV ke Turkiye

    NANCHANG, 18 SEPT – Jiangxi Jiangling Group Electric Vehicle Co., Ltd. China akan menghantar 300 kenderaan te-naga baharu (NEV) ke Turkiye pada Oktober, kata syarikat itu.

    Model Jiangling ‘Yi’ yang akan dieksport ke Turkiye menggunakan gabungan motor dwi, dengan kuasa keluaran komprehensif 170 kW dan pecutan 100 km dalam masa 5.8 saat, menurut Nie Xiaoyong, Naib Presiden Institut Penyelidikan Kejuruteraan di syarikat itu.

    Menurut perjanjian kerjasama yang ditandatangani oleh syarikat dan rakan kongsinya di Turkiye, antara 2024 dan 2026, rakan kongsi Turkiye akan menubuhkan pasukan jualan profesional dan dewan pameran di Turkiye serta membina rangkaian jualan dengan 35 peniaga dalam tempoh tiga tahun.

    Jiangxi Jiangling Group Electric Vehicle Co., Ltd., terletak di Nanchang City, timur Wilayah Jiangxi China, telah ditubuhkan pada 2015. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...