Kilang pembuatan bio-gelatin bakal dibina
SEPANG, 21 Ogos – Syarikat gelatin halal China, Gangsu Amin Bio Halal Gelatine Co Ltd (AMINBIO), merancang melabur RM1.02 bilion untuk membina kilang pembuatan biogelatin di Melaka. Mengumumkan perkara itu, Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Md Yusof berkata apabila siap kelak, ia merupakan kilang pertama syarikat itu di luar negara dan terbesar di Asia Tenggara.

































