Kilang plastik dijilat api

ATHENS, 16 OGOS – Satu kebakaran besar melanda sebuah kilang pemprosesan semula plastik di utara Athens semalam, menyebabkan kepulan asap tebal menyelubungi sebahagian besar bandar dan mendorong penutupan sebahagian lebuh raya negara.

Lebih 40 anggota bomba dan dua helikopter bergelut untuk memadamkan kebakaran yang meletus di pinggir bandar Metamorfosi, lapor agensi berita Athens. Lebuh raya utara dari ibu negara Greece ke bandar tengah Lamia ditutup disebabkan jarak penglihatan teruk tetapi dibuka sebahagiannya selepas itu.

Pihak berkuasa menggesa orang yang tinggal berhampiran supaya menutup pintu dan tingkap rumah dan mengelak berjalan di luar disebabkan asap toksik. – AFP