Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Kilang susu AS dibuka semula

    SAN FRANCISCO, 10 JULAI – Kilang pembuatan susu formula Amerika Syarikat (AS) yang ditutup baru-baru ini buat kali kedua pada tahun ini, memburukkan lagi kekurangan bekalan susu tepung, telah dibuka semula pada awal Julai, beritahu firma perubatan Abbott kepada AFP, kelmarin.

    Kilang di Sturgis, Michigan telah ditutup selama beberapa bulan berikutan penarikan balik susu yang dikeluarkan di sana, selepas disyaki mengakibatkan dua anak damit meninggal dunia.

    Pengeluaran susu disambung semula pada awal Jun lalu tetapi ditangguhkan sementara selepas berlakunya kejadian banjir, sekali lagi melambatkan penghantaran susu formula tersebut.

    “Kami memulakan semula pengeluaran EleCare di Sturgis pada 1 Julai,” menurut jurucakap Abbott kepada AFP menerusi kiriman e-mel, kelmarin.

    Penutupan sebelumnya telah memburukkan kekurangan beberapa jenama susu formula anak damit disebabkan oleh wabak COVID dan isu pekerja. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...