Kilang Tesla akan dibina di Jerman

SAN FRANCISCO, 13 NOV – Sebuah kilang kereta Tesla baharu untuk pasaran Eropah akan berpangkalan di Jerman, kata ketua eksekutif Elon Musk hari ini.

Musk berkata semasa majlis anugerah Golden Steering Wheel Jerman bahawa ‘kilang besar’ baharu itu akan dibina ‘di kawasan Berlin.’

Dia berkata syarikat merancang membina kilang ‘berhampiran lapangan terbang baharu’ di Berlin dan Tesla juga akan membina sebagai pusat reka bentuk di kawasan tersebut. “Semua orang tahu kejuruteraan Jerman adalah yang terbaik dan ia merupakan salah satu alasan mengapa kami meletakkan kilang besar Eropah kami di Jerman.” – AFP