STOCKHOLM, 7 Feb – Satu kebakaran meletus kelmarin di kilang terbesar Volvo di Gothenburg, menurut pihak berkuasa, menyebabkan satu pemindahan besar premis industri itu.
“Perkhidmatan kecemasan telah dikerahkan ke tempat kejadian dan pihak menyusul untuk membantu khidmat kecemasan,” menurut polis Gothenburg dalam satu keterangan.
Digambarkan dalam media setempat sebagai “api ganas”, mengeluarkan imej-imej menunjukkan kepulan asap keluar dari atap kilang Volvo itu di Torslanda, kawasan pedalaman di Gothenburg.
“Enam jentera bomba dan 40 ahli bomba sedang bekerja untuk memadamkan kebakaran,” perkhidmatan bantuan setempat berkata dalam satu keterangan.
“Ia terbakar begitu teruk di sini,” Stellan Andersson, juruteknik Volvo memberitahu harian Goteborgs-Posten.
Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan berikutan kejadian kebakaran berkenaan. – AFP