Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kilat: Bangladesh tanam 1 juta pokok palma

    DHAKA, 24 Jan – Bangladesh telah mulai menanam satu juta pokok palma di seluruh negara untuk membantu mengelak beratus-ratus orang daripada terbunuh oleh kilat yang melanda setiap tahun, kata seorang pegawai kanan hari ini.

    Pihak berkuasa pada tahun lalu mengisytiharkan kilat satu bencana semula jadi apabila penyelarasan rasmi mencatat lebih daripada 200 kematian pada 2016, dengan 82 orang terbunuh pada satu hari pada Mei.

    Pakar berkata jumlah sebenarnya adalah lebih tinggi, dengan satu pengawas bebas berkata 349 orang terbunuh akibat disambar kilat pada 2016. Ramai orang yang tinggal di kawasan luar bandar tidak melaporkan kematian kepada polis.

    Pegawai bencana telah menghabiskan beberapa bulan mencari cara-cara untuk mengurangkan jumlah kematian dan program penanaman pokok mungkin menjadi yang pertama daripada beberapa langkah yang diperkenalkan oleh kerajaan.

    “Kami telah pun memulakan penanaman pokok palma di kawasan luar bandar dalam usaha untuk mengurangkan jumlah kematian akibat kilat,” beritahu Shah Kamal, setiausaha pengurusan bencana kerajaan, kepada AFP.

    “Kami akan menanam satu juta pokok palma pada Jun tahun ini.”

    Pakar berkata jumlah kematian yang tinggi berpunca sebahagiannya daripada kekurangan pokok di mana dahannya boleh menyerap kesan kilat. Sementara pokok dirosakkan, ia bermakna cas elektrik tidak dapat mengalir menerusi bumi.

    Kamal berkata satu program yang sama di Thailand telah pun membuahkan hasil, menambah sekumpulan pegawai Bangladesh juga telah berkunjung ke Vietnam untuk mengkaji bagaimana pihak berkuasa di sana melindungi petani di sepanjang delta Mekong.

    Seorang ahli kaji cuaca yang telah menjalankan beberapa penyelidikan mengenai kilat berkata penanaman pokok harus membantu mengurangkan jumlah kematian, namun faedah hanya akan terasa selepas itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda