Kim Clijsters tidak sabar untuk kembali beraksi

BRUSSELS, 25 MEI – Kim Clijsters tidak sabar untuk kembali ke Terbuka AS walaupun wabak COVID-19 masih melanda, sejak kembali kali kedua dari persaraan dia telah menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarganya.

“Saya masih bermotivasi,” kata pemenang Grand Slam empat kali itu.

“Saya harap kita masih dapat bermain musim ini. Tetapi walaupun tidak, saya berhasrat untuk terus maju,” jelas bintang tenis Belgium, yang berusia 37 tahun itu. Clijsters mendapat kejayaan di tempat pertama sebelum dan selepas persaraannya, pada 2007-2009.

Dia melahirkan anak perempuannya pada tahun 2008. Dia memenangi Terbuka AS sebelum dia berehat dan memenangi Terbuka Australia dan dua lagi gelaran AS ketika dia kembali. Dia bersara untuk kali kedua setelah menjuarai Terbuka AS pada tahun 2012. Sejak itu dia mempunyai dua anak lelaki.

“Saya selalu merasa puas,” kata Clijsters.

“Setelah saya melahirkan anak ketiga, Blake, saya mula pergi ke kejohanan dan membuat komentari. “Tetapi saya masih merasa seperti pemain.

Kembali ke kejohanan adalah satu cabaran bagi ibu yang mempunyai tiga orang anak. Dia mula kembali dengan kemunculannya kali kedua pada bulan Februari di Dubai, di mana dia kalah ketika menentang Garbine Muguruza pada pusingan pertama.

Dia kemudian tewas bertemu Johanna Konta dalam pertandingan pembukaan di Monterrey, kejohanan terakhir sebelum jelajah wanita ditutup pada awal bulan Mac lalu. – AFP

Kim Clijsters pada perlawanan yang lalu, Clijster berhasrat untuk kembali dengan kejohanan tenis. – AP