Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Kim dan Pete berpisah

    Pasangan selebriti popular, Kim Kardashian dan Pete Davidson dikhabarkan sudah berpisah hanya selepas sembilan bulan menjalinkan hubungan cinta.

    Menurut sumber terdekat pasangan itu, kedua-duanya memilih untuk memutuskan hubungan beberapa minggu lalu.

    “Kardashian dan Davidson telah membuat keputusan untuk menjadi kawan sahaja sekarang. Mereka saling mencintai dan rasa hormat antara satu sama lain.

    Bagaimanapun, menurut sumber, hubungan jarak jauh dengan kepadatan jadual kerja membuatkan sukar untuk untuk mereka mengekalkan hubungan.

    Bagaimanapun ada yang mengatakan jurang usia antara Kardashian, 41, dan Davidson, 28, turut menjadi punca perpisahan mereka.

    Tidak kurang itu, ada khabar angin mengatakan ‘kemunculan semula’ Kanye West yang dilihat kerap bersama Kardashian dikatakan punca hubungan mereka terjejas. Kardashian dan Davidson dilaporkan mula bercinta sejak Oktober 2021. – Agensi

    Ada yang mengatakan jurang usia antara Kim Kardashian dan Davidson antara punca perpisahan mereka. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...